Jun 24, 2016

Report Card Day

Hello! Assalamualaikum semua *big love*

Ngehehehe so sebenarnya harini, aku ada report card day. Or we called as Hari Diskusi.

  "So macam mana result kau?"

   Macam gituw ler. Heheh dok aih. Result aku biasa biasa je, Addm gagal huhuhu sedihnya

 "Ala rilek la, semua orang gagal Addm. Tak pelik la kalau tak gagal."

   Memanglah tak pelik, tapi sumpah subjek ni killer gila HAHAHAHAHAHAHA

 *** 
  Heh, okay itu mukadimah je sebenarnya ~
  Okay tutup mukadimah!

 Hari ni kan, report card day.. sebenarnya dari minggu lepas lagi cikgu dah gitau pasal report card day. So, aku ajaklah bapak aku datang. Sebab aku nak dia tengok pencapaian aku dalam subjek-ii sains. Well, dulu dia kan dak sains, so aku pun nak tengoklah, dia 'impress' ke idok dengan markah aku.... 

Tapi ..................

Dia tak dapat datang. Dia kerja, tokleh ambil cuti, dia minta mak aku pergi. Jujur aku kata, sepanjang 15 1/2 tahun aku hidup, jarang mak aku ambil report card aku. So sebab tu aku cam tak suka sangat. Tapi aku redho, lek ah, mama pun okay pe.


Tetapi


"Your Plan, and Allah Plans, But Allah is the best of Planner"


Mungkin Ayah nak sangat pergi,tapi tak dapat. Tapi dia nak. So he had an accident yesterday, it was an accident. Bukan dia langgar kereta ke apa, the road was slippery yesterday, so he slipped and fainted. Dia sedar-sedar je, dia kat hospital. 


I was at school, on the day. So dok tahu apa-apa. Balik sekolah je, mama call kata Ayah accident. 
I burst into tears masa mama kata Ayah accident. Yedo siapa tak nangis, lagi lagi orang yg palingggggggg kau sayang, accident. Srsly i cant hold my tears semalam. 


Lepastu ayah balik dari hospital semalam almost 11pm. Lama gak ayah kat HTAR. So dia cedera teruk gak, act tak teruk sangat kat badan dia, tapi teruk kat muka la. Kening & dahi dia koyak,area antara hidung dgn mulut tu berdarah and its so bad. Kaki dia takleh bengkok, memang kalau kau tengok, kau akan cakap teruklah. 

Then, late night dia cakap dia nak datang report card day aku. Walaupun dia macam tu,but still dia nak juga datang. And I was touched. Srsly touched dgn tindakan dia. I tot dia takkan datang, tapi dia datang juga. So i feel over the moon but at the same time, sedih tengok keadaan dia. Tapi dia impress dengan bi aku! Happy gilos. And i manage to get top 10 in my class

   "Nombor berapa?"

    Aku dapat nombor 3^2

So tu jelah, drama kehidupan aku harini,semalam,minggu lepas. In the incoming entry, I'll talk about my friends. InshaALLAH. 



Bye, readers. 

Sincerely,
asyranirodzi



xoxo.


Apr 15, 2016

It's already 4month in rp ! Yeay

Assalamualaikum and hi guys. Harini aku nak cakap yang aku dah genap, no not genap. Aku dah belajar kat smkrp lebih kurang 4bulan and alhamdulillah so far, i can coop with my stress. Lel hahahaha

K sepanjang 4 bulan berada disini, ternyata sekolah campur memerlukan seseorang yg emosinya kuat! Acah gila ayat aku..

Hahahaha seriously. Lagi lagi kalau kau pindah dari sekolah sejenis ke sekolah campur. You will experience that 'culture shock' for a while.

I've been through this situations and i find it's not as easy as abc. Of before that,definisi  'culture shock' yg aku cuba nak sampaikan ialah masalah kau bila emosi kau, lebih kepada perasaan kau bila berhadapan dengan kaum yg berlainan.

Serious talk. Aku kat sini pun tergapai gapai nak lepas daripada cengkaman 'culture shock'. (Kenapa ayat aku harini sastera sangat wei! Hadoyai)

Tapi aku cuba. Cuba untuk mengharunginya. (Ergh gelinya guna ayat begini)

K tutup masalah culture shock, mari kita dengar cerita aku pasal hmmmm aktiviti sekolah ni (?)

From my observation, sekolah ni membuka lebih banyak peluang kepada pelajar pelajar sekolahnya untuk bergiat aktif dlm kokurikulum. One of the aktiviti menarik is spell it right (sir) competition. Okay, sir comp ni sebenarnya pertandingan national. Ala kau pun tahu en, spell it right tuu cane. Haritu, aku pergi pertandingan kelayakan kat UM. Bapak best hahaha.  Dulu masa aku kecil kecil, tiap hari ahad, mak bapak aku bukak tv3 tgk spell it right. Pastu banyak kali dorang ulang "Ani, nanti masuk pertandingan ni. Banggakan mama dgn ayah"

And

Finally aku dapat masuk pertandingan tu.walaupun aku hanya masuk level kelayakan dan tak menang, i've gained so much experience! Pengalaman tu yang penting!

Pergi spell it right, you should better bring your identity card (IC) sebab national competition en, pastu nak masuk dewan peperiksaan, dia akan cop tangan korang (tangan kiri tau). Best gilaaaaaaaaa ! Pastu nanti dah masuk dewan peperiksaan, kau akan menggelabah sebab suasana sunyi gila! Paling lawak bgi aku masa pergi UM haritu, sekolah rp paling ramai hnntar contestant tapi takde sorang pun menang! Kitorang hantar 6 bas kot. If one bus boleh muatkan 44 people, 6 bus can muatkan 264 orang. Ha ngko.

Masa pergi UM tu kan, aku teringat kt Pn. Yusnita. Dia kata dulu dia nak masuk UKM,dia ambil batu kat UKM, pastu dia tulis dia nak masuk U tu pastu dia letak balik kt UKM, haaaaa aku pun buat benda yang sama. Srs. Aku nak masuk UM, at least UM dekat sikit dgn rumah mak bapak aku. Takdela rindu sangat nanti
:pp

Hahahaha, how about friends? Hm okay aku ada jugak kawan kat sini. Well, before aku masuk sekolah ni, aku sebenarnya tak yakin aku boleh survive ye la sebab aku kan sebenarnya pendiam dan pemalu so im afraid that i can't make so many friend. Tapi, alhamdulillah my circle friend sekarang okay je. Takde masalah lagi ha. Kawan lelaki? Heh adalah sikit.

Teachers kat sini okay, not bad and not garang exc cikgu Zul. Pergh i tell you what, cikgu ni naik pentas je semua senyap. Aku bila nampak cikgu Zul at as pentas, terus ambil spec pakai sebab nak fokus pada apa yg dia sampaikan. Cikgu ni suka isytihar 'Hari Sunyi', kdg ii bunyi hari sunyi tu menyeramkan. Dah la block makmal aku tu berhannnnnnnn paham paham la. So bila dgr hari sunyi, aku lagi takut.

Hookay la gais. Sampai sini je la aku cerita. Kang cerita panjang panjang bukannya kau baca pon! hehehe bye


Jan 14, 2016

Pengalaman Bersekolah Di Sekolah Baru

ɦɛʟʟօ ^^

Hari ni dah masuk minggu kedua sekolah dan jugak minggu ketiga bagi bulan Januari. Jadi maknanya, sesiapa yg mohon teknik, kv ha semua tu dah kena pergi interview la. Kawan kawan aku ramai gak yang pergi interview. Hehe kawan baru la ^^

Nak tahu tak? Minggu lepas merupakan minggu paling malang dalam 2016 bagi aku. Srs. but why? because minggu lepas minggu first aku start sekolah baru. So kau paham paham la apa perkara biasa yg budak baru alami. (paham ke?)

Kau nak tahu tak? First day sekolah okay je. takdepape yg jadi. justttt  cam bangang sikit sebab kau sekelas dgn crush kau. hoho.

Second Day sekolah, aku lambat. bukan sebab aku bangun lambat ke pe, acik van aku bangun lambat so aku pun lambat la. pastu kena tulis nama je. nasib baik takkena denda lari satu padang ke hape.

Third day sekolah.
Hari ni (hari ketiga sekolah) aku nangis kawkaw bila balik sekolah. nak tahu kenapa? Sebab aku kena denda tulis 'saya janji takkan datang lambat lagi 100x' T.T apaa du. Cikvan aku yg buat hal aku yg kena. Dah ah kena penalti 2. Bangang ah baru 3hari sekolah dah kena penalti. Memang balik rumah aku nangis pastu report kat kawan kawan aku(ffl ❤)
Tapi masa aku kena kelas tahanan, aku dah siap tulis tau time tu so aku rushing
ah nak bagi pengawas kertas aku. aku lupa tulis nama dgn kelas. pastu abang pengawas(form5 k) tu panggil aku
"Eh, awak lupa tulis namalah"

aku pun pusing belakang. dalam hati dah menyumpah nyumpah diri sendiri sebab kenapa kau tak tulis nama, dah ah lambat. Nanti semua dak dak laki pandang kau sbb kau masuk lambat. Malu bhai. Pastu aku gi kat dia

"Ha yeke? Tulis nama dgn Kelas je en?" aku tanya dia
"Ya, tulis nama, kelas dengan no telefon sekali" kata abang pengawas tu. Kawan dia kat sebelah pandang je aku.

Aku pelik gak sebab abang tu suruh tulis no fon. Aku pun cakap ah "Srsly?" guna accent aku. (sesiapa yg pernah dengar aku cakap srsly paham le macam mana aku cakap) pastu abang tu cakapla "Serious" , dia ajuk accent aku weh. menyirap aku.

So aku pun apalagi, tulis ah nama,kelas pastu aku nak tulis no phone tau. Aku baru tulis 019 pastu abang yg suruh aku tulis tu lompat lompat. Happy gila abang tu weh. Pastu kawan dia jerit kat dia. "Sakai ah kau. tung ah"
Aku pelik gak nape dia cakap centu tapi dlm otak aku pikir nak masuk kelas weh, aku malas nak layan dia dah. Pastu ttba kawan dia cakap kat aku,
"Sebenarnya tulis nama dengan kelas je. nombor telefon takyah tapi dia saje je minta"

MENYIRAP AKU WEH. DAH AH AKU LAMBAT NAK MASUK KELAS, ABANG NI BOLEH PULAK BUAT MACAM NI KAT AKU. KUAJA DO.

"Ekeleh. kuaja ah. Dah ah lambat boleh pulak memain cenni. E benci korang" aku terlepas cakap part benci korang. HAHAHAHAHA aku kan jenis cakap lepas. Pastu kawan abang tu gelak je. Abang pengawas yg dri tadi dok lompat lompat marah kawan dia sebab dia gitau aku yg dia yg minta no aku. Pastu aku padammmmmmmm balik no aku pastu abang tu cakap "Ala ala nak nombor phone. Alaaaaaaa"

Aku maju kedepan. Malas nak pandang belakang. Aku dah lambat dia boleh pula nak ngorat aku. Kesempatan dalam kesempitan betul.

Tapi paling takleh bla bagi aku part yg dia mintak nombor aku la. I was just like 'ITU PICKUP LINE ZAMAN SEKARANG KE HAPE. LAWAK GAK AKU TENGOK HAHAHAHAHAHAHAHAHA' tapi aku cam ish kenapa aku padam balik nombor aku. Abang tu dah ah sem (k aku gatal hahahahaha)

Lepastu aku dah masuk kelas, dalam 10minit aku duduk kat kelas, aku duduk kat meja belakang sekali. Pastu aku termenung. aku merenung keluar pintu. alah jijiknya ayat pating. pastu nampak Abang tu ngan kawan dia lalu depan kelas aku pastu dorang pandang aku, pastu abang yg mintak no tu senyum kat aku. Mell duh senyuman dia. tapi sampai sekarang, aku taktahu lagi nama dia siapa hm. sedih.

^^
bye


This is gonna be the tough year for me hm

Hi guys. Hm, baru start sekolah tapi aku dah kena penalti :'))))

Pathetic sial hidup aku tahun ni. Dah ah sekolah baru. So my ffl are not besides me anymore. Hm sedihnya.

Plus, dulu aku ada cerita pasal crush aku en? Ha sekarang aku rasa cam menyesal je buat dia sebagai crush aku :'))))

Satu kelas beb. Gelaran pun crush. Kau yg syiok sendiri kat dia. Dia tak pandang engko pun. Haha(gelak hambar k)
That moment when kau pandang dia, tapi dia tengah gelak gelak dengan perempuan lain lepastu kau dgn dia dlm satu group ws, (biasala budak zaman sekarang, kelas pun ada group kat ws) dia cakap macam "untuk u apa pun boleh" kat perempuan lain... Aku. Nak. Tanya. Kau. Something. Apa. Perasaan. Kau. Bila. Nampak. Orang. Yang. Kau. Sayang. Buat. Macam. Itu?

Mesti berapi kan?
Mesti kecewa kan?
Rasa macam taknak hidup dengan dia kan?
Ada sikitla rasa nak bunuh diri kan?

Now you feel me , if your answer is yes to all the question above  :'

Hm sedih sangat bila tengok dia ngorat perempuan lain centu depan kau.

Okay

'Ah kau dak sekolah. Tok sah la bercinta sakan budak. Fokus pada spm'

Kepada mereka yg berpendapat seperti diatas, well aku terima apa yg kau cakap. :)
Memang kena fokus tapi kalau kau stress sampai tahap babun takleh fokus, at least kau kena luahkan perasaan kau. At this point of life, my ffl are not besides me. Ws mereka? Oh gosh bab ni, aku tak rasa aku boleh cerita kat ffl. Memandangkan aku ada blog, aku luahkan perasaan aku kat blog. Aku harap kau terima alasan aku :)

Aku cerita pasal benda ni pun sebab aku dah taklarat nak pendam sensorang. At least bila aku share cerita ni kat sini, tiada siapa akan baca :) lebih tepat lagi si 'dia' takkan baca :)

Okay, walau apa pun, aku sekarang dalam proses nak fokus. As you can see, hidup sebagai seorang pelajar sains perlukan komitmen yang lebih terhadap fizik, addmath , kimia HAHAHAHAHAHAHAHA subject ni semua killer boh

Tapi subject fav aku would be physics. ;)
Memula aku minat kimia tapi dah lama belajar, aku rasa physics paling best. Idk why hahahaha.

Alhamdulillah, aku dapat masuk kelas sains. Ini antara mimpi aku yang dah jadi kenyataan. Masuk kelas sains , belajar subject sains teknikal. Itu antara mimpi yang jadi kenyataan. Bagi korang yg nak mimpi jadi kenyataan macam aku, strategi tu penting. Sebab apa penting? Sebab bila kau dah ada strategi, kau boleh jangka apa yg akan jadi pada kau. Secara teknikalnya lah ye. Aku belajar rajin rajin tapi mampu dapat result yg cukup cukup makan tapi tiap tiap malam aku doa kat Allah , aku cakap makbulkan doa aku. Aku nak masuk sains. Itu memang impian aku since dari darjah 4 lagi. And look at me now. Pelajar kelas Empat Sains Dua. Kalau aku tak pindah BK, aku patutnya pelajar Empat Sains Satu tapi  hm takde rezeki. Tapi takpe, aku still masuk kelas Sains.

Rezeki ada jangan risau pembaca. Crush aku lagila. Fail sc tapi dapat masuk kelas Empat Sains Dua, lagi tak logik. Tapi dah tu rezeki dia. So kau jangan risau, kalau ada rezeki kau masuk kelas science , ada letu.

Okayla. Aku dah puas luahkan segala segalanya yang terpendam dalam hati aku. Nak mandi

Bye guys ^^


Bluntly Me

Hi and assalamualaikum everyone! Its been so long since I left this blog alone and now I'm just going to talk about myself (im just goi...